Spark Malaysian Club ‘serang’ perlumbaan Cub Prix di Jasin Ahad ini - Utusan Malaysia

Spark Malaysian Club ‘serang’ perlumbaan Cub Prix di Jasin Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Mac – Ahli Kelab Sinar Permotoran Amatur Kebangsaan (Spark) atau lebih dikenali sebagai Spark Malaysian Club akan ‘berkampung’ pada perlumbaan Cub Prix di Jasin, Melaka Ahad ini.

Konvoi bertujuan memberi semangat dan sokongan kepada para peserta yang menyertai perlumbaan Cub Prix yang berlangsung hujung minggu ini.

Lokasi perhimpunan ‘mat-mat motor’ yang merupakan ahli kelab berkenaan pada Ahad ini adalah di perkarangan tempat letak kenderaan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain memberi sokongan kepada perlumbaan berkenaan, ahli Spark juga berpeluang mengikuti aktiviti santai yang turut disertai barisan ikon Spark iaitu selebriti seperti Zul Huzaimy, Cat Farish, Black serta ramai lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini