Southgate kagum prestasi Sterling - Utusan Malaysia

Southgate kagum prestasi Sterling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 23 Mac – Pengurus England, Gareth Southgate menghamburkan pujian ke atas Raheem Sterling selepas pemain tersebut meledak hatrik untuk membantu skuad Three Lions menang bergaya 5-0 ke atas Republik Czech, hari ini.

Dalam aksi itu, Sterling mencuri tumpuan dengan jaringan hatriknya tetapi Hudson-Odoi yang dimasukkan menggantikan bintang City itu turut berperanan mencemaskan pengaga gol lawan, Jiri Pavlenka sebelum pemain pelawat, Tomas Kalas menjaringkan gol sendiri.

Hudson-Odoi muncul buat pertama kali mewakili England meskipun di peringkat kelab, Chelsea belum menurunkannya untuk aksi liga hingga mencetuskan rasa bingung mengenai masa depannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sterling, 24, terdahulu dihimpit kritikan selepas hanya menjaringkan dua gol dalam 45 penampilan.

Pemain sayap Manchester City itu bagaimanapun memiliki lima jaringan dalam tiga perlawanan terakhir England selepas meledak dua gol dalam kemenangan 3-2 ke atas Sepanyol pada saingan Liga Negara-Negara, November lalu.

“Saya fikir dia paling hebat pada malam ini. Saya berbangga dengannya, yang membuat persembahan di depan penyokong England.

“Kami tidak boleh sorokkan fakta bahawa dia mempunyai waktu sukar dengan England sebelum ini, bagaimanapun dia berjaya mengubahnya.

“Saya juga fikir jaringan ke atas Sepanyol adalah paling mustahak untuknya, anda boleh lihat semula golnya.

“Jaringannya pada malam ini merupakan gol yang akan dibuat tanpa berfikir panjang. Dari situ anda boleh rasakan kesukarannya pada masa lalu yang dahagakan gol,” ujar Southgate.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini