MENANTI detik menimang cahaya mata sulung, aktres cantik, Anzalna Nasir, 31, akui berdebar biarpun usia kandungannya baru memasuki trimester kedua atau enam bulan. Mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki kira-kira tiga tahun lalu, penantian pasangan itu untuk memperoleh zuriat pertama bakal berakhir setelah anak sulung mereka lahir tidak lama lagi. Pun begitu, ketika ditemui pada majlis pelancaran produk V Sensual Intimate Wash baru-baru ini, Anzalna enggan memberitahu jantina anak mereka…










