KUALA LUMPUR 8 Mac – Beregu badminton campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai meneruskan rentak cemerlang mereka apabila berjaya melangkah ke suku akhir kejohanan badminton All England 2019 di Arena Birmingham pada Khamis (awal pagi Jumaat waktu Malaysia). Goh-Shevon mempamerkan semangat juang tinggi meranapkan peluang beregu pilihan ketujuh kejohanan Marcus Ellis-Lauren Smith dari England dengan straight set 21-15, 26-24, menurut laman web kejohanan https://bwfworldtour.bwfbadminton.com. Pertarungan yang berlangsung lebih 40 minit itu…










