Solskjaer mahu kembalikan tradisi - Utusan Malaysia

Solskjaer mahu kembalikan tradisi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berjanji akan membawa skuadnya kembali ke zaman kegemilangan seperti yang dikecapi oleh ‘The Red Devils’ ketika era kepimpinan Alex Ferguson.

Solskjaer yang juga bekas pemain United mengakui tempoh bulan madu telah tamat dan perlu bekerja keras untuk memastikan kelompok keempat Liga Perdana England menjadi milik mereka sebaik saingan liga melabuhkan tirainya.

Kelmarin, pengendali berusia 46 tahun itu sah memegang jawatan tetap sebagai pengurus di Old Trafford menerusi kontrak selama tiga tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengurus kelahiran Norway tersebut itu dahulu memegang jawatan selaku pengurus sementara dan telah membantu United meraih 14 kemenangan dalam 19 aksi.

“Saya ialah pengurus yang berpendirian. Saya sedar tentang jangkaan kelab ini terhadap saya terutamanya apabila menyentuh mengenai tradisi pasukan ini yang wajib meraih trofi dalam satu musim.

“Sudah tentu saya mahu berjaya dan membantu United meraih trofi. Dalam tempoh tiga bulan kebelakangan ini, saya yakin prestasi United telah meningkat terutamanya dalam kalangan pemain bertaraf bintang,” katanya.

United berjaya merangkul trofi Liga Europa dan Piala Liga England ketika berada di bawah bimbingan Jose Mourinho sebelum pengendali kelahiran Portugal itu dipecat awal musim ini.

Mengulas mengenai potensi United untuk menjadi pencabar kejuaraan liga, Solskjaer mengakui mereka tetap mempunyai peluang yang cerah namun ia memerlukan kesabaran.

“Kami mahu kembali menjulang trofi liga. Namun, ia memerlukan masa,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini