KOTA BHARU 31 Mac – Latihan secara intensif selama seminggu cuti persekolahan membantu kumpulan nasyid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geting, Tumpat menjuarai kategori pendidikan khas dalam Festival Amal Nasyid Terbuka 2019 di sini semalam. Kumpulan itu dianggotai lapan pelajar berusia 14 sehingga 18 tahun yang mengalami masalah pembelajaran namun ia bukan penghalang untuk berjaya meskipun sebahagiannya tidak pandai membaca. JURULATIH nasyid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geting, Tumpat, Warah Husin yang…










