KUALA LUMPUR 15 Mac – Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) berjaya melengkapkan rundingan penerbitan Nota Kewangan Islam Jangka Sederhana dengan Jaminan Kerajaan (IMTN) berjumlah RM600 juta. SME Bank dalam kenyataannya berkata, permintaan yang tinggi membolehkan pihaknya mendapatkan beberapa pelabur utama untuk menutup rundingan tersebut dengan harga kompetitif di antara mata asas 45 dan 31 melebihi bon kerajaan Malaysia dalam panduan harga rundingan pertengahan. Katanya, IMTN tersebut…










