KUALA LUMPUR 2 Mac – Skuad hoki lelaki negara akan mendapat ‘sentuhan ajaib’ daripada pakar pukulan sudut penalti tersohor dunia, Taeke Taekema pada kem motivasi skuad negara di Kuantan bermula 10 Mac ini. Skuad negara, di bawah bimbingan Roelant Oltmans, berpeluang mempelajari teknik melakukan penyudahan yang tepat depan gawang gol lawan daripada pemain Belanda itu semasa kem motivasi selama enam hari. Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal…










