Sistem Pemantau Kemajuan SDG Kebangsaan dilancar - Utusan Malaysia

Sistem Pemantau Kemajuan SDG Kebangsaan dilancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 15 Mac – Malaysia merupakan negara pertama di Asia Pasifik yang melancarkan Sistem Pemantau Kemajuan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Kebangsaan.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, buat julung kalinya sistem itu bakal menjadi pusat sehenti data maklumat berhubung perjalanan dan kemajuan SDG di negara ini.

“Data yang terdapat dalam sistem ini menyeluruh dengan meliputi aspek daripada peringkat kebangsaan sehingga ke daerah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia menawarkan data-data pelbagai aspek yang memfokuskan bidang-bidang SDG antaranya sosial, alam sekitar dan pembangunan ekonomi,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Sistem Pemantau Kemajuan SDG Kebangsaan di sini hari ini.

Majlis Pelancaran disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Mikro) Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Zakiah Jaafar.

Mohd. Uzir menambah, sistem berkenaan yang dihubungkan dengan portal Jabatan Perangkaan buat permulaan menawarkan data-data SDG daripada Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan.

Katanya, data-data daripada pelbagai agensi dan kementerian akan dibuat secara berperingkat menjelang hujung tahun ini. – UTUSAN ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini