PULAU PINANG 29 Mac – Seorang wanita berusia 56 tahun di Bayan Lepas di sini berputih mata selepas wang simpanannya di dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) sebanyak RM77,500 lebur ditipu sindiket Macau Scam. Kejadian itu berlaku Isnin lalu selepas mangsa yang merupakan pesara operator kilang itu menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai ‘Zahari’ kononnya dari Bank Negara Malaysia (BNM). Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. Anbalagan, mangsa didakwa kononnya terbabit dalam aktiviti perjudian dan pengubahan wang haram berjumlah RM1.5…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya