Silat benteng buat bangsa dan agama - Utusan Malaysia

Silat benteng buat bangsa dan agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 23 Mac – Silat perlu dijadikan benteng, bukan sahaja dalam membentuk jati diri orang Melayu serta umat Islam, tetapi bagaimana untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Ini kerana ilmu mempertahankan diri mendidik ahlinya tentang nilai positif yang diperlukan dalam pembentukan negara bangsa terutama seperti Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, benteng tersebut cukup signifikan ketika mana Islam dan Nabi Muhammad SAW dihina pihak-pihak tertentu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pun begitu, asas silat pertahankan diri, bukannya amuk membabi-buta, kita bukan nak menyerang tetapi berdiri teguh pertahan maruah bangsa, agama dan tanah air,” katanya ketika berucap menutup

Kejuaraan Wajadiri Pusaka Hanafi Peringkat Kebangsaan 2019 di sini hari ini.

Yang hadir sama Presiden Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi Malaysia, Dr. Md. Radzi Hanafi.

Kejohanan tersebut disertai 4,000 peserta membabitkan 100 pasukan dengan enam kategori dipertandingkan.

Juara keseluruhan dimenangi Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Machang, Kelantan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini