‘Si pembunuh Bosnia’ dipenjara seumur hidup - Utusan Malaysia

‘Si pembunuh Bosnia’ dipenjara seumur hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

THE HAGUE 21 Mac – Radovan Karadzic, bekas pemimpin Serb yang bertanggungjawab menyebabkan pembunuhan lebih 8000 lelaki Muslim di Srebrenica pada 1990-an dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Lapor Reuters, keputusan Mahkamah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu mengetepikan hukuman penjara 40 tahun yang dijatuhkan terhadap Karadzic, yang dianggap terlalu ringan untuk jenayah kemanusiaan yang dilakukannya.

Dia didapati bersalah atas 10 pertuduhan termasuk pembunuhan beramai-ramai pada 1995 di Srebrenica, satu-satunya jenayah paling dahsyat dilakukan di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ekoran itu, Karadzic dijatuhkan hukuman 40 tahun penjara pada Mac 2016 kerana peranannya dalam pertumpahan darah semasa perang Bosnia yang mengorbankan 100,000 nyawa dan 2.2 juta lain hilang tempat tinggal.

Karadzic ialah pengasas Parti Demokratik Serbia di Bosnia dan Herzegovina dan Presiden Republika Srpska, iaitu entiti Serb Bosnia sewaktu perang Bosnia dari 1992 hingga 1995.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini