Shuib beri amaran skim penipuan internet - Utusan Malaysia

Shuib beri amaran skim penipuan internet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelawak Shuib Sepahtu memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak terpedaya dengan skim penipuan internet yang menggunakan gambarnya sebagai umpan.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 35, dia tidak terlibat dengan mana-mana skim pelaburan dan memohon orang ramai berhati-hati.

“Scam!!! (penipu). Tolong jangan terpedaya. Jangan kerja hendak membohong sahaja boleh? Tolong ambil perhatian semua. Saya tidak terlibat dengan mana-mana skim pelaburan,” tulisnya menerusi Instagram sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu Shuib turut memuat naik akaun media sosial skim pelaburan yang menggunakan gambarnya sedang menaiki kereta mewah dalam akaun Instagramnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini