LONDON 19 Mac – Pemain tengah Liverpool, Xherdan Shaqiri terkeluar daripada senarai skuad Switzerland bagi menghadapi kempen kelayakan Euro 2020 selepas disahkan mengalami kecederaan pangkal paha. Switzerland akan memulakan kempen berkenaan di Georgia pada Sabtu ini sebelum melayan kunjungan Denmark pada 26 Mac. Shaqiri, 27 tahun, telah menjaringkan enam gol bersama pendahulu Liga Perdana Inggeris itu pada musim ini namun tidak berada dalam kesebelasan utama Liverpool sejak penghujung Januari lalu. Pihak Persatuan Bola Sepak Switzerland pada hari ini mengumumkan keputusan untuk mengeluarkan Shaqiri daripada skuad mereka selepas pemain berkenaan selesai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya