Serangan Christchurch: Rakyat Malaysia dinasihatkan berhati-hati - Utusan Malaysia

Serangan Christchurch: Rakyat Malaysia dinasihatkan berhati-hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Rakyat Malaysia yang mengunjungi Christchurch, New Zealand atau tinggal di negara itu dinasihatkan agar berhati-hati dan mengelakkan diri daripada berada di tempat awam buat sementara waktu.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya berkata, terdapat seramai 1,256 rakyat Malaysia tinggal di Christchurch dan mereka dinasihatkan supaya berwaspada ekoran insiden serangan berdarah di sebuah masjid di situ.

“Saya berdoa agar semua rakyat Malaysia yang berada di sana dalam keadaan baik dan jika boleh, jauhkan diri daripada berada di tempat awam buat masa ini kerana takut ada perkara tidak diingini berlaku lagi,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengunjungi keluarga salah seorang mangsa tembakan, Mohd. Tarmizi Shuib, 42, di Hutan Kampung di sini hari ini.

Kata beliau, rakyat dinasihatkan supaya berada di dalam rumah dan menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di negara tersebut jika memerlukan sebarang bantuan.

Ketika ditanya tentang keperluan untuk menyekat perjalanan ke New Zealand, kata beliau, tiada halangan kepada rakyat Malaysia untuk pergi ke negara tersebut.

Marzuki pada masa sama berkata, pihaknya membiayai satu lagi tiket penerbangan untuk seorang ahli keluarga Mohd. Tarmizi ke negara berkenaan.

“Dua tiket dibiayai kerajaan negeri Kedah dan Pusat Khidmat Parlimen Pokok Sena manakala satu lagi diuruskan pejabat Kementerian Luar,” jelasnya.

Tambahnya, tiga ahli keluarga Mohd. Tarmizi iaitu abangnya, Zakaria, 55, dan kakak, Mariani, 49, serta sepupu, Nordina Ahmad Fauzi, 30, dijangka diterbangkan ke New Zealand selewat-lewatnya Selasa ini. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini