Serangan Christchurch: Kawalan keselamatan dalam negara ditingkatkan - Utusan Malaysia

Serangan Christchurch: Kawalan keselamatan dalam negara ditingkatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG –  Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga selain mempertingkatkan kawalan keselamatan dalam negara bagi memastikan insiden serangan di dua buah masjid di daerah Christchurch, New Zealand semalam tidak berlaku di negara ini. 

Timbalan Menterinya, Datuk Mohd. Azis Jamman berkata, pihaknya sudah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan pemerhatian yang serius di sekitar rumah ibadah dan tempat awam susulan insiden itu.

“PDRM memang sentiasa bersiap siaga dalam memastikan insiden seumpama itu tidak berlaku di Malaysia, namun langkah berjaga-jaga serta pengawasan berterusan dilakukan,” katanya ketika ditemui di operasi tangkapan Pendatang Asing Tanpa Izin di Pasar Borong Seri Kembangan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam perkembangan sama, Azis turut menzahirkan rasa simpati terhadap keluarga mangsa yang terlibat dalam serang berkenaan.

Semalam dilaporkan sekurang-kurangnya 49 orang terbunuh manakala 20 lagi ce­dera dalam insiden serangan di dua buah masjid di daerah Christchurch, New Zealand apabila seorang lelaki melepaskan tembakan rambang di masjid yang penuh sesak pada waktu solat Jumaat semalam.
Dua rakyat Malaysia turut cedera dalam insiden tembakan di Masjid Al-Noor dekat Hagley Park dan Masjid Linwood di New Zealand.

Tiga mangsa rakyat Malaysia ialah Rahimi Ahmad, 39, dari Pulau Pinang yang bekerja di sebuah syarikat tenusu serta pengendali simulator pe­nerbangan, Tarmizi Shuib, 42, dari Kedah dan Mohd. Nazril Hisham Omar, 46. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini