SERDANG – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga selain mempertingkatkan kawalan keselamatan dalam negara bagi memastikan insiden serangan di dua buah masjid di daerah Christchurch, New Zealand semalam tidak berlaku di negara ini. Timbalan Menterinya, Datuk Mohd. Azis Jamman berkata, pihaknya sudah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan pemerhatian yang serius di sekitar rumah ibadah dan tempat awam susulan insiden itu. “PDRM memang sentiasa bersiap siaga dalam memastikan…










