GEORGE TOWN – Anak sulung salah seorang rakyat Malaysia yang cedera dalam serangan masjid di Christchurch, New Zealand semalam masih dalam keadaan trauma dan memerlukan perhatian khusus ibunya, kata bapa saudaranya di sini hari ini. Rosdi Ahmad, 42, berkata, anak saudaranya, Ahmad Razif Rahimi, 11, yang tidak mengalami kecederaan luaran dalam insiden itu masih ketakutan kerana menyaksikan sendiri kejadian itu semasa berada di Masjid Al-Noor. Katanya adik iparnya, Nor Azila…










