BRUSSELS 30 Mac – Membeli sebuah rumah adalah salah satu keputusan paling penting dalam kehidupan kerana membabitkan gaya hidup dan kewangan seseorang. Namun, sebuah rancangan televisyen realiti di negara ini mencetuskan kelainan apabila peserta program perlu memberi kepercayaan kepada pakar dalam bidang hartanah serta hiasan dalaman bagi memilih dan membeli rumah untuk mereka tanpa terlibat secara langsung dalam proses tersebut. Malahan menurut Oddity Central, pakar berkenaan juga akan menandatangani dokumen pembelian rumah terbabit dan boleh membelanjakan wang untuk menghias rumah terbabit. Peserta hanya boleh melihat rumah baharu mereka sekiranya surat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya