Senator AS gelar MBS sebagai samseng - Utusan Malaysia

Senator AS gelar MBS sebagai samseng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 7 Mac – Senator Amerika Syarikat (AS) mencabar calon dutanya ke Arab Saudi untuk mengambil pendirian tegas berhubung pencabulan hak asasi manusia dan isu lain-lain.

Portal al-Jazeera melaporkan, Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat, Jim Risch memberi amaran tersebut walaupun Arab Saudi merupakan pakatan strategik yang penting kepada AS.

Menurutnya, pakatan terbabit perlulah diseimbangkan dengan nilai-nilai Amerika.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, calon Trump iaitu pesara jeneral empat bintang, John Abizaid mempertahankan hubungan AS-Arab Saudi ketika senator-senator AS mendakwa Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman (MBS) sebagai ‘anggota samseng’.

Selain itu, mereka juga mengutuk peranan Arab Saudi dalam perang sivil di Yemen selain menahan serta menyeksa pengkritik negara tersebut, termasuklah beberapa aktivis hak asasi wanita.

Jika diterima sebagai duta, John berikrar akan mendapatkan lebih banyak maklumat tentang pembunuhan Jamal dan ‘desakan perbincangan’ dengan Riyadh berkaitan isu pencabulan hak asasi manusia.

“Dalam jangka masa panjang, kita memerlukan kerjasama yang kuat dan matang dengan Arab Saudi. Adalah menjadi kepentingan kami untuk memastikan hubungan itu kukuh,” ujar Abizaid.




Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini