'Semoga awak berbahagia' - Qi Razali - Utusan Malaysia

‘Semoga awak berbahagia’ – Qi Razali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara Qi Razali meluahkan rasa gembiranya dengan berita perkhabaran mengenai bekas kekasihnya, aktres Nelydia Senrose yang bakal mendirikan rumah tangga.

Qi atau nama sebenarnya, Qushairi Mohammed Razali, 42, berkata, dia mendoakan agar Nelydia menjalani kehidupan berbahagia dengan insan tersayang.

“Alhamdulillah, saya berbahagia dia sudah berjumpa dengan seorang lelaki yang boleh membimbingnya, dan dipertemukan dengan lelaki yang baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semoga awak berbahagia dan semoga semua yang diimpikan akan dijumpai dalam perkahwinan nanti.

“Saya mendoakan yang terbaik untuk awak, tahniah! Semoga berbahagia hingga ke anak cucu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sebelum ini, pelakon filem Anak Jantan itu pernah menjalinkan hubungan dengan Nelydia sebelum terputus sekitar penghujung 2015.

Nelydia dikhabarkan bakal melangsungkan majlis perkahwinan dengan seorang ahli perniagaan dalam masa terdekat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini