Sembilan individu ditahan menerusi Ops Noda - Utusan Malaysia

Sembilan individu ditahan menerusi Ops Noda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG – Seramai sembilan individu ditahan menerusi Ops Noda yang dijalankan sepasukan anggota polis di sebuah premis hiburan sekitar Taman Pinggiran Putra dekat sini semalam.

Dalam operasi pada pukul 1.30 pagi itu telah diketuai Asisten Superintendan Rozam Effandy dan Inspektor Mohd. Aidil Shafie dari Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Menurut Rozam Effandy, kesemua sembilan tangkapan terdiri daripada enam gadis pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam, dua pekerja lelaki warga Bangladesh dan seorang penjaga lelaki warga tempatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita juga telah menjalankan ujian saringan air kencing terhadap 13 individu warga tempatan berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun di premis yang beroperasi tanpa lesen berkenaan.

“Selain itu, kita telah merampas pelbagai barangan seperti sebuah televisyen, satu unit pembesar suara dan wang tunai berjumlah RM3,204 dipercayai hasil perniagaan mereka pada hari tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.

Kesemua tangkapan dan barang rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Selangor 1995, Seksyen 55B Akta Imigresen, Seksyen 39(b) dan Seksyen 6 (1)(c) Peraturan-peraturan Imigresen 1963. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini