Sembang Santai Bossku : Pengurusan Masjid Ar-Rahman UM buat laporan polis - Utusan Malaysia

Sembang Santai Bossku : Pengurusan Masjid Ar-Rahman UM buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mac – Pengurusan Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya (UM) dikatakan telah membuat laporan polis berhubung penganjuran program Sembang Santai Bossku yang dijadualkan berlangsung esok.

Laporan polis dilakukan kerana pihak pengurusan masjid tidak dimaklumkan lebih awal mengenai majlis yang akan diadakan di masjid tersebut.

Portal Malaysiakini dalam laporannya memberitahu pihaknya telah melihat laporan polis tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tujuan laporan polis ini dibuat adalah sebagai perlindungan diri bimbang perkara yang tidak diingini berlaku kerana program tersebut tidak dimaklumkan terlebih awal kepada pihak masjid,” katanya.

Program di antara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mahasiswa UM dijadualkan berlangsung esok dimulai dengan solat Jumaat dan program sembang santai.

Sebelum ini Najib aktif mengadakan program tersebut di beberapa universiti antaranya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini