Semangat Die Mannschaft - Utusan Malaysia

Semangat Die Mannschaft

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM 25 Mac – Membariskan ramai pemain muda, skuad berwajah baharu Jerman melupakan mimpi ngeri Piala Dunia 2018 apabila memulakan kempen kelayakan Kejohanan Eropah (Euro) 2020 dengan kemenangan dramatik 3-2 ke atas Belanda di tempat lawan, hari ini.

Jaringan minit terakhir Nico Schulz mengetuai kebangkitan anak-anak buah Joachim Loew, yang masih dibayangi penyingkiran di peringkat kumpulan dalam Piala Dunia tahun lalu.

Ini kemenangan pertama skuad Die Mannschaft dalam saingan kompetitif sejak me­ngalahkan Sweden 2-0 dalam peringkat kumpulan Piala Dunia, 24 Jun tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kesungguhan mereka untuk bangkit terserlah apabila mendahului 2-0 pada babak pertama menerusi Leroy Sane dan Serge Gnabry.

Begitupun, Belanda yang sudah sekian lama tidak merasai pentas besar selepas gagal layak ke Piala Dunia 2018 dan Euro 2016 menjadikan drama di Johan Cruyff Arena semakin menarik apabila Matthijs de Ligt dan Memphis Depay berjaya menyamakan kedudukan 2-2 pada babak kedua.

Begitupun, ketika permai­nan hampir berkesudahan seri dan menunggu wisel penamat ditiupkan, Schulz melepaskan rembatan dalam kawasan pe­nalti untuk memastikan kemenangan berharga Jerman pada saingan Kumpulan C.

“Persembahan babak pertama hebat, kami mengawal penuh permainan.

“Begitupun gol yang kami lepaskan pada separuh masa kedua tiba pada waktu yang amat buruk.

“Ia adalah proses buat pemain-pemain muda kami. Pa­sukan tidak hilang kepercayaan dan hari ini kami bernasib baik,” kata Loew.

Bagi pemain tengah Hoffenheim, Schulz kemenangan amat penting buat pasukan dan menaikkan keyakinan mereka bagi menghadapi sai­ngan seterusnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini