PARIS 8 Mac – Bekas pemain tengah Manchester United, Marouane Fellaini mengumumkan persaraannya daripada pentas antarabangsa bersama Belgium hari ini. Pengumuman tersebut dibuat sebulan selepas dia berpindah dari Old Trafford ke kelab China. “Selepas 12 tahun berkhidmat bersama Belgium di peringkat tertinggi, saya membuat keputusan untuk bersara di pentas antarabangsa. “Bukan mudah untuk saya membuat keputusan sebegini dan ia tidak hanya dilakukan seorang. “Bagaimanapun, sudah tiba masanya untuk saya mengundur…










