Sektor insurans Labuan IBFC mengukuh - Utusan Malaysia

Sektor insurans Labuan IBFC mengukuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mac – Sektor insurans di Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) terus mengukuh dengan jumlah premium bertulis kasar yang mencatatkan kenaikan ketara kepada AS$1.7 bilion (RM6.92 bilion), peningkatan 19.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) berkata, perniagaan insurans asing menyumbang 64.7 peratus daripada jumlah premium yang ditaja jamin selain itu Labuan FSA berkata, perniagaan insurans kaptif terus berkembang pada tahun 2018, dengan jumlah premium kasar meningkat sebanyak 11 peratus kepada AS$400.5 juta (RM1.6 bilion) dengan 67.4 peratus premium daripada perniagaan asing.

“Walaupun terdapat cabaran dan perubahan persekitaran dalam operasi global, laporan ini telah menunjukkan bahawa kepercayaan dan keyakinan para pelabur terhadap Labuan IBFC tetap utuh dan pada masa hadapan, Labuan IBFC dijangka mendapat manfaat daripada perubahan peraturan antarabangsa yang diperkenalkan untuk memastikan ketelusan wujud dalam semua transaksi merentas sempadan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini