TEMERLOH – Seorang wanita berusia 30-an terpaksa menahan sakit kira-kira sejam apabila kakinya tersepit dalam mangkuk tandas sebelum diselamatkan anggota bomba di sini pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin, Penolong Penguasa Bomba, Hasnuddin Husin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.32 pagi. “Kaki mangsa yang tinggal di Taman Temerloh Jaya itu didapati tergelincir dan tersepit ketika hendak menggunakan tandas. “Sembilan anggota ditugaskan ke lokasi kejadian dan…










