SDF lancar serangan kubu terakhir militan Daesh - Utusan Malaysia

SDF lancar serangan kubu terakhir militan Daesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMSYIK 11 Mac – Tentera Demokratik Syria (SDF) yang disokong Amerika Syarikat (AS) melancarkan lagi serangan terhadap kubu terakhir kumpulan Daesh di sini semalam.

BBC melaporkan, Ketua Pejabat Media SDF, Mustafa Bali berkata, tentera mereka juga berada dalam ‘pertembungan langsung yang ganas’.

Menurutnya, kumpulan mili­tan itu tertumpu di bandar Ba­ghouz di timur Syria.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setelah bandar itu dikuasai, AS dan perikatannya dijangka mengisytiharkan secara rasmi tamatnya pemerintahan Daesh pada 2014.

“Meskipun kehilangan wila­yah, kumpulan militan itu dilihat berkemampuan memberi ancaman keselamatan besar dengan melancar serangan di rantau ini dan dunia,” katanya.

Semalam, serangan udara menyasarkan simpanan senjata bermula kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan.

Kira-kira 3,000 orang dibawa keluar pada Isnin minggu lalu diikuti 3,500 orang termasuk 500 militan yang menyerah diri pada Selasa dan 2,000 orang hari berikutnya.

Sebelum ini, kumpulan Daesh itu mengawal wilayah seluas 88,000 kilometer persegi di Syria dan Iraq dengan peme­rintahan ganas terhadap hampir lapan juta orang selain menjana berbilion-bilion dolar daripada minyak, pemerasan, rompakan serta penculikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini