Scott Hend juara Kejohanan Maybank 2019 - Utusan Malaysia

Scott Hend juara Kejohanan Maybank 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pemain golf profesional Australia, Scott Hend merangkul kejuaraan Kejohanan Maybank 2019 dengan penuh dramatik selepas memenangi aksi playoff di Kelab Golf & Country Saujana sebentar tadi.

Hend, 46, berjaya menewaskan lawan dari Sepanyol, Nacho Elvira dengan kemenangan satu birdie dalam aksi playoff selepas kedua-dua pemain terikat skor keseluruhan 15 di bawah par dalam 18 lubang pusingan terakhir sebentar tadi.

Kejayaan itu membolehkan Hend membawa pulang wang tunai berjumlah AS$500,000 (RM2.03 juta) manakala Elvira terpaksa akur pulang sebagai naib juara Kejohanan Maybank 2019 dengan hadiah bernilai AS$333,330 (RM1.35 juta). – K! ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini