JAKARTA 22 Mac – Calon presiden nombor satu, Joko Widodo atau Jokowi mengajak penyokong Pasukan Kempen Nasional (TKN) supaya bersikap lebih agresif bagi meraih sokongan pengundi atas pagar bagi memastikan kemenangan.
Lapor Republika, beliau meminta penyokong supaya mengajak jiran dan adik-beradik mereka untuk keluar beramai-ramai bagi menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Indonesia pada hari pengundian nanti.
“Pilih mereka yang benar-benar berkaliber dan diiktiraf. Saya tidak mahu sebut, tetapi semua sudah tahu, betul?” katanya ketika berucap pada sebuah majlis yang dihadir oleh usahawan-usahawan tempatan di Istora Senaya, di sini semalam. -AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











