‘Saya tidak layak untuk Bayern’ - Utusan Malaysia

‘Saya tidak layak untuk Bayern’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 17 Mac – Jurgen Klopp memberitahu kepada Franz Beckenbauer bahawa dia sepatutnya mencari individu lain untuk membina semula pencapaian Bayern Munich.

Legenda Jerman itu terdahulu berkata, Klopp yang juga pengendali Liverpool merupakan individu terbaik yang boleh membina semula prestasi Bayern Munich selepas kelab dari Liga Perdana Inggeris itu menumbangkan juara bertahan Bundesliga tersebut di saingan Liga Juara-Juara, Khamis lalu.

Klopp bagaimanapun menegaskan bahawa hatinya kini berada di Anfilend dan sukar untuk beralih arah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Daripada pandangan saya, berada di Liverpool merupakan sesuatu yang mengagumkan. Kelab ini telah memberikan saya banyak peluang untuk membina pasukan yang mantap.

“Sudah tentu, ramai orang sukar untuk mendapat prestasi yang konsisten. Jika kami memenangi perlawanan, anda adalah seorang yang hebat, namun jika anda tewas, anda akan menjadi bingung dalam bola sepak.

“Apa yang saya ingin katakan adalah saya sudah memiliki keyakinan yang cukup bagi saya katakan bahawa saya adalah jurulatih yang tepat di Liverpool buat masa ini.

“Sudah tentu saya perlu pandang masa depan, namun kita akan tengok apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Kami perlu membuktikan sesuatu setiap hari bahawa kami berada di tempat yang betul,” jelas Klopp.

Beckenbauer, 73, merupakan bekas kapten Bayern yang telah mengucup trofi Piala Eropah tiga kali dan pernah memenangi Piala Dunia sebagai pemain dan juga jurulatih, dan sehingga kini tetap menjadi rujukan di kelab itu, sekalipun telah berundur daripada menjadi presiden untuk pasukan tersebut, sembilan tahun lalu.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini