Saya bukan 
anak emas! - Utusan Malaysia

Saya bukan 
anak emas!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEMBURUKKAN orang lain serta memijak rezeki orang lain bukan budaya kerja yang diamalkan pengacara, Feeya Iskandar.

Jauh sekali membodek bos atasan agar menjadi anak emas di tempat kerja, dia bukan begitu.

 

Penyampai radio Suria FM ini percaya prestasi dan disiplin menjadi ukuran utama untuk setiap penilaian oleh majikan. Selain itu, Feeya juga menekankan soal budi bicara bagi melancarkan komunikasi antara dua hala. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ada pihak mendakwa saya menggunakan kabel untuk bekerja sebagai penyampai radio di Suria FM selepas berhijrah dari Sinar FM tahun lalu. Lebih teruk lagi saya dituduh sebagai anak emas majikan.

“Sedangkan perkara itu tidak benar. Saya bukan anak emas kepada sesiapa. Saya cuma bekerja biasa yang makan gaji demi kelangsungan hidup,” tegas Feeya mengulas khabar angin membabitkan dirinya.

Feeya juga menjelaskan hubungan baiknya dengan Pengurus Kanan Suria, Roslinda Abd. Majid atau DJ Lin  sekadar hubungan seorang pekerja dengan majikan semata-mata.

Begitu pada saat namanya dipetik seorang individu yang mempengaruhi keputusan penamatan kontrak Shahrol Shiro beberapa bulan lalu, Feeya menegaskan dia tiada kaitan dalam perkara itu.

“Takkanlah disebabkan hubungan baik saya dengan Kak Lin (DJ Lin) orang boleh buat andaian macam-macam. Kita baik hanya kerana urusan kerja dan bukan kerana sebab lain,” ujarnya.

Khidmat Feeya sebagai penyampai radio Suria FM sudah memasuki tahun kedua sejak menyertai stesen radio berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini