KUALA LUMPUR 19 Mac – Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar menjelaskan, beliau akan terus menghadiri persidangan Dewan Rakyat meskipun digantung daripada menghadirinya selama tiga hari oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming. Katanya lagi, beliau tidak tahu di bawah peraturan apa dirinya dijatuhkan hukuman tersebut oleh itu perlu untuk beliau terus menghadiri sesi persidangan untuk membela diri. “Saya digantung tiga hari tanpa pengetahuan saya, sebab…









