SATSSB nafi pekerjanya adalah suspek yang ditahan polis - Utusan Malaysia

SATSSB nafi pekerjanya adalah suspek yang ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Mac – Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd (SATSSB) hari ini menafikan bahawa pekerja landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) merupakan suspek seperti dilaporkan Utusan Online pada 11 Mac lalu.

Dalam laporan yang disiarkan, artikel yang ditulis berdasarkan sebuah sidang akhbar itu menyatakan bahawa seorang pembantu di landasan lapangan terbang itu ditahan polis selepas didapati memiliki dadah jenis heroin seberat 5.95 kilogram (kg) dalam satu operasi di Seremban Gateway, Khamis lalu.

Pemangku Ketua Polis negeri, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan semasa dalam perjalanan menghantar dadah bernilai kira-kira RM104,000 itu dari Johor ke Lembah Klang dengan menaiki sebuah kereta Perodua Myvi. -UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini