LONDON 15 Mac – Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri berharap pasukannya akan bertemu Napoli dalam saingan akhir Liga Europa selepas melihat Blues cemerlang meraih kemenangan 5-0 menewaskan Dynamo Kiev di Ukraine, awal pagi tadi. Kata Sarri, Napoli adalah antara pasukan ingin dielak daripada bertemu dalam undian suku akhir yang akan berlangsung malam ini di Nyon. “Saya lebih berminat untuk bertemu Napoli dalam saingan akhir berbanding aksi suku akhir atau separuh akhir.…










