JAKARTA 26 Mac – Gandingan Prabowo Subianto dan Sandiaga Uno yakin mereka dapat meraih undian daripada golongan pengundi yang masih belum menetapkan pemilihan dalam pilihan raya Presiden 2019 (pilpres) kali ini.
Portal berita Republika melaporkan, Sandiaga bersikap optimistik apabila beliau melahirkan keyakinan untuk ‘memujuk’ golongan pengundi yang masih belum membuat keputusan supaya memilih beliau dan Prabowo untuk menerajui Indonesia pada masa akan datang.
Katanya, golongan pengundi yang belum membuat keputusan ini bukannya tidak mahu menggunakan hak mereka pada hari pengundian kelak atau merupakan golongan putih (golput). – AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











