ALOR SETAR 27 Mac – Seorang pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia (UUM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 33 pertuduhan salah guna kuasa dan tuntutan palsu berjumlah RM1.48 juta, pada 2014 sehingga 2015. Prof. Madya Dr. Hartini Ahmad, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Juraidah Abbas. Hartini, pensyarah universiti gred DS54 didakwa melakukan perbuatan itu ketika dia memegang jawatan Pengarah…










