Sajury, Sobariah sayangi al-Quran - Utusan Malaysia

Sajury, Sobariah sayangi al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 28 Mac – Allahyarham Mohd. Sajury Abdullah, 63, dan isterinya Sobariah Haron, 54; yang terbunuh dalam kemalangan ngeri dengan sebuah bas ekspres di Raub disifatkan sebagai insan yang sentiasa membasahi lidahnya dengan bacaan al-Quran.

Seorang jiran mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Zaihan, 36, berkata, pasangan suami isteri itu setiap hari akan membacakan al-Quran pada sebelah petang dan sentiasa berkongsi ilmu agama dengan jiran serta rakan taulannya.

“Arwah sekeluarga ini sangat mementingkan ilmu agama dan pada setiap petang pasti kami boleh menengar mereka sekeluarga mengaji al-Quran,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohd. Sajury dan Sobariah maut bersama tiga lagi ahli keluarganya selepas kenderaan jenis Proton Pesona dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas di Kilometer 325 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul kira-kira pukul 2.54 pagi itu, selain Mohd. Sajury dan Sobariah, turut terbunuh ialah Muhammad Faezuan Nor Izuddin, 27, Nur Ilham Najwa Rahimi, 20 dan Uwais AlQurney Abdullah, 6.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini