Saham Matrix Concept naik susulan usaha sama teroka pasaran Indonesia - Utusan Malaysia

Saham Matrix Concept naik susulan usaha sama teroka pasaran Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mac – Saham Matrix Concepts Holdings Bhd naik satu sen kepada RM1.96 pagi ini selepas syarikat itu mengumumkan pelan tawaran persendiriannya untuk mengumpul sehingga RM147 juta bagi membiayai usaha samanya bagi pembangunan zon kewangan Indonesia.

Pada 10.29 pagi, 40,200 saham diniagakan manakala warannya kekal tidak berubah pada 13 sen.

RHB Research Institute Sdn Bhd mengekalkan saranan beli ke atas syarikat ini dengan harga sasaran RM2.40.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami merendahkan unjuran pendapatan bagi tahun kewangan 2019-2020 pada antara empat dan lima peratus berdasarkan margin lebih rendah bagi gabungan produk, serta perbelanjaan lebih tinggi yang ditanggung pada suku ketiga tahun kewangan 2019,” menurut firma penyelidikan dalam nota hari ini.

Jualan belum dibilkan Matrix kekal berdaya tahan pada RM1.416 bilion berbanding RM1.434 bilion pada suku kedua.

RHB Research juga berkata prestasi kewangan yang lebih lemah berbanding jangkaan bukan satu kebimbangan utama memandangkan jualan belum dibilkan dan jualan baharu kekal baik.

“Berasaskan kerja-kerja pembinaan mencatatkan kemajuan seterusnya, margin Matrix daripada segmen pembangunan hartanah juga akan bertambah baik secara berperingkat,” menurut firma itu. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini