KUALA LUMPUR 26 Mac – Saham-saham di Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi bercampur-campur selari dengan prestasi kebanyakan bursa di rantau Asia Pasifik.
BANGUNAN Bursa Malaysia di Jalan Bukit Kewangan, Kuala Lumpur.
Pada rehat tengah hari, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.13 mata kepada 1,649.02 daripada 1,649.15 semasa ditutup pada Isnin selepas dibuka 1.33 mata lebih rendah pada 1,647.82.
Memuatkan artikel berkaitan…
Indeks bergerak antara 1,647.82 dan 1,653.58 sepanjang sesi dagangan pagi.
Kedudukan pasaran, bagaimanapun, positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 330 berbanding 276, manakala 382 kaunter tidak berubah, 922 tidak diniagakan dan 48 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 1.24 bilion saham bernilai RM713.86 juta. – BERNAMA











