Saham kekal tinggi pada tengah hari - Utusan Malaysia

Saham kekal tinggi pada tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mac –  Saham-saham di Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari selepas dibuka rendah pagi ini, namun tinjauan teknikal secara menyeluruh mendapati pasaran masih kurang bermaya ekoran petunjuk momentum yang masih rendah.

Pada rehat tengah hari, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 4.38 mata kepada 1,675.66 berbanding 1,671.28 pada penutupan Selasa selepas dibuka 0.15 mata lebih rendah pada 1,671.13.

Indeks bergerak antara 1,669.92 dan 1,676.31 di sepanjang pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kedudukan pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 421 berbanding 321, manakala 346 kaunter tidak berubah, 816 tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.41 bilion saham bernilai RM1.11 bilion.

Dalam notanya, Kenanga Investment Bank Bhd berkata trend indeks komposit mungkin merosot ke paras sokongan 1,650, malah ke paras 1,630.

“Ketahanan terdekat  mungkin pada paras 1,700 dan 1,730,” katanya.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank, Tenaga dan IHH masing-masing kekal pada RM9.49, RM12.64 dan RM5.85, PBBank menokok 10 sen kepada RM24.50 manakala PChem susut tiga sen kepada RM9.23.

Antara saham aktif, Sapnrg menokok 1.5 sen kepada 34 sen, warannya menokok setengah sen kepada 10.5 sen, Perdana menambah 10 sen kepada 40 sen, KNM meningkat satu sen kepada 11.5 sen manakala Velesto menambah setengah sen kepada 31 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 16.06 mata kepada 11,703.96, FBMT 100 menambah 16.96 mata kepada 11,553.4, Indeks FBM Emas Shariah menokok 4.69 mata kepada 11,696.74 manakala Indeks FBM Ace meningkat 3.84 mata kepada 4,728.68.

FBM 70 bagaimanapun susut 33.64 mata kepada 14,084.83.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 49.92 mata kepada 17,432.26, Indeks Perladangan menambah 9.65 mata kepada 7,257.92 namun Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.01 mata kepada 169.69. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini