RTM siar kejohanan MotoGP mulai 5 Mei - Utusan Malaysia

RTM siar kejohanan MotoGP mulai 5 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan secara langsung 10 sirkit terpilih daripada 19 sirkit keseluruhan kejohanan MotoGP 2019.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dalam catatan di laman Twitter, hari ini berkata, RTM akan menyiarkan kejohanan itu mulai 5 Mei ini, membabitkan perlumbaan di Sirkit Jerez, Sepanyol.

Beliau berkata demikian sebagai membalas kiriman seorang pengguna akaun Twitter @ZDidie82yang ingin menyaksikan secara langsung kejohanan itu di televisyen tempatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pasukan MotoGP negara, Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) turut beraksi dalam Kejohanan MotoGP 2019 yang bermula Ahad lepas dan akan berakhir pada 18 November ini.- Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini