MILAN 28 Mac- Pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo bergelut untuk kembali cergas bagi aksi suku akhir pertama menentang Ajax Amsterdam dalam saingan Liga Juara-Juara pada 11 April, ekoran mengalami kecederaan. Bagaimanapun, Juventus memaklumkan ujian awal yang dilakukan di Portugal menunjukkan Ronaldo tidak mengalami kecederaan serius. Pemain berusia 34 tahun itu mengalami kecederaan paha ketika beraksi bersama Portugal yang seri 1-1 dengan Serbia dalam aksi kelayakan Euro 2020. Media Itali melaporkan pemenang anugerah Ballon d’Or lima kali itu kembali ke Turin menaiki jet peribadi dengan pemeriksaan bersama pasukan perubatan Juventus akan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya