Ronaldo akan pulih dalam 2 minggu - Utusan Malaysia

Ronaldo akan pulih dalam 2 minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON 26 Mac – Cristiano Ronaldo tidak bimbang dengan kecederaan yang dialaminya selepas Portugal terikat seri 1-1 dengan Serbia dalam aksi kelayakan Euro 2020 dan percaya akan kembali cergas dalam tempoh dua minggu.

Ronaldo dikeluarkan pada minit ke-31 selepas mengalami masalah otot ketika sedang mengejar bola.

Bagaimanapun, pemain berusia 34 tahun itu menegaskan bahawa isu tersebut bukan sesuatu yang serius dan dia akan kembali cergas menjelang aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Ajax pada 10 April ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Juventus dijadual bertemua Cagliari, Empoli dan AC Milan bagi aksi Serie A sebelum bertandang ke Amsterdam.

“Saya tidak bimbang dengan keadaan ini kerana saya tahu keadaan badan saya.

“Saya tahu yang saya akan kembali dalam tempoh seminggu dua ini,” katanya.

Portugal ketinggalan dalam perlawanan itu selepas Dusan Tadic berjaya menyudahkan sepakan penalti tetapi percubaan kencang Danilo Pereira berjaya menyamakan kedudukan buat tuan rumah sebelum tamat separuh masa pertama.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini