Rompin catat bacaan IPU kurang sihat - Utusan Malaysia

Rompin catat bacaan IPU kurang sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Rompin mencatatkan bacaan kurang sihat apabila merekodkan IPU 176 sehingga pukul 6 petang tadi.

Penolong Pengarah Kanan Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang, Norshani Yati Shukri tidak menolak kemungkinan keadaan itu berlaku, ekoran kebakaran hutan di beberapa kawasan di daerah ini, berpunca daripada cuaca panas berterusan sehingga menyumbang kepada peningkataan bacaan IPU.

Katanya, satu pasukan pemantau dihantar ke kawasan berkenaan, bagi mengenal pasti punca sebenar bacaan IPU meningkat sehingga ke paras tidak sihat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun secara keseluruhan keadaan IPU di seluruh negeri ini masih berada dalam keadaan terkawal berdasarkan bacaan di empat lagi stesen kaji cuaca di negeri ini.

“Empat stesen lagi menujukkan bacaan pada paras sederhana (50-100) iaitu stesen di Indera Mahkota (IPU 58) dan Balok Baru, Kuantan (IPU 82), Jerantut (IPU 62) dan Temerloh (IPU 73),” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Berikutan itu juga beliau menasihati orang ramai supaya tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka yang boleh menyumbang kepada peningkatan IPU, kerana ia boleh menjejaskan kesihatan terutama golongan warga emas dan kanak-kanak.

Mengikut rekod, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang menerima 680 kes kebakaran terbuka sejak awal Febuari sehingga semalam, menyebabkan jabatan itu mengaktifkan Bilik Gerakan Operasi Jerebu sejak semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini