Rohingya: Bangladesh bakal cipta krisis baharu - Utusan Malaysia

Rohingya: Bangladesh bakal cipta krisis baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA 13 Mac – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kepada Bangladesh akan mencipta krisis baharu jika meneruskan rancangan memindahkan 23,000 pelarian Rohingya ke sebuah pulau yang tidak didiami bulan depan.

Portal Al-Jazeera melaporkan, Utusan khas hak asasi manusia PBB di Myanmar, Yanghee Lee berkata, beliau tidak yakin Pulau Teluk Bengal tersebut benar-benar boleh didiami.

Pada Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) pada Isnin lalu itu, beliau juga memberi amaran perpindahan tanpa persetujuan pelarian itu mempunyai potensi mewujudkan satu krisis baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam laporannya, Lee memberitahu, PBB mesti dibenarkan memimpin sepenuhnya teknikal dan penilaian kemanusian di Bhasan Char dan etnik tersebut perlu dibenarkan melihat dan menentukan sama ada mereka mahu berpindah ke sana atau tidak. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini