KUALA LUMPUR 11 Mac – Wang tunai keseluruhan berjumlah RM10,000 menanti peserta berbakat yang menyertai pertandingan Video Kreatif u-Pustaka.
RM10,000 menanti peserta yang berbakat sertai pertandingan Video Kreatif u-Pustaka. – UTUSAN ONLINE
U-Pustaka dalam laman Facebook memaklumkan, pihaknya memberi peluang kepada lebih penyertaan bagi pertandingan ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Atas permintaan ramai, pihak pengurusan Perpustakaan Negara Malaysia, Konsortium u-Pustaka dan Jawatan kuasa Pelaksana pertandingan ini melanjutkan tempoh penyertaan sehingga 31 Mac depan,” katanya.
Maklumat lanjut, boleh layari www.u-pustaka.gov.my atau rujuk poster yang disiarkan.
Peserta juga boleh memuat turun imej poster dan borang permohonan pertandingan di laman web u-Pustaka. – UTUSAN ONLINE











