BERLIN 17 Mac – Marco Reus mengakui Borussia Dortmund terpaksa berhempas-pulas terlebih dahulu sebelum bangkit daripada ketinggalan untuk melakar kemenangan dramatik 3-2 ke atas Hertha Berlin. Kemenangan tersebut membolehkan Dortmund berkelebihan tiga mata di puncak liga mengatasi pencabar terdekat juga merupakan juara bertahan, Bayern Munich. Penyerang Ivory Coast, Salomon Kalou dua kali menghukum kerapuhan benteng pertahanan pasukan pelawat pada babak pertama bagaimanapun pemain tengah Denmark, Thomas Delaney dan pertahanan Dortmund,…










