Remy Ishak putus tunang - Utusan Malaysia

Remy Ishak putus tunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Mac – Pelakon Remy Ishak mengesahkan ikatan pertunangannya dengan Ezza Yusof sudah terlerai sejak sebulan lalu selepas dua tahun mengikat tali pertunangan.

Mejelaskan berlaku krisis dalam hubungannya dengan wanita itu, Remy, 36, bagaimanapun menegaskan masalah ini tidak melibatkan orang ketiga seperti yang digembar gemburkan.

“Tidak adil untuk saya menahan anak orang memandangkan saya sendiri tidak tahu hala tuju hubungan ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ezza adalah seorang wanita yang baik cuma tempoh pertunangan selama dua tahun ini belum menjadikan saya seorang yang mampu menempuh alam perkahwinan.

“Tetapi saya tegaskan krisis ini tidak melibatkan orang ketiga sama ada di pihak saya atau dia,” katanya pada sidang media perlantikan Remy sebagai duta minuman Origina.

Masih mempunyai hubungan yang baik dengan bekas tunangnya itu, kongsi Remy bukan mudah untuk dia melalui perkara ini namun dia tidak menolak sekiranya masih ada jodoh dengan Ezza suatu hari nanti.

“Berat untuk saya bercakap soal ini sebab saya perlu menjaga hati pelbagai pihak dan ini agak senstif.

“Hubungan kami masih baik tidak ada masalah namun wanita mana yang tidak sedih? Memang pihak saya ada mengatakan sanggup untuk menunggu tetapi saya tidak rasa adil.

“Jika suatu hari nanti memang tertulis dia jodoh saya, tiada sebab untuk tidak menerimanya,” jelas Remy lagi.

Terdahulu Remy mengikat tali pertunangan dengan Ezza pada Mei 2017.

Bagaimanapun status pertunangan pelakon drama Pujaan Hati Kanda ini menjadi tanda tanya apabila dia menjelaskan sudah kembali solo melalui pengakuan di dalam laman sosial. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini