Remaja perempuan raih ribuan dolar pilih nama untuk bayi - Utusan Malaysia

Remaja perempuan raih ribuan dolar pilih nama untuk bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 26 Mac – Seorang usahawan muda meraih pendapatan berjumlah ribuan dolar dengan hanya membantu golongan ibu bapa di China memilih nama Inggeris untuk anak-anak mereka.

Oddity Central melaporkan, Beau Jessup, 19, melakukan perkhidmatan tersebut secara dalam talian menerusi portal yang diberi nama Special Name.

Memilih nama untuk anak merupakan perkara penting di China bagi memastikan nama tersebut bermaksud yang baik dan bertuah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun, untuk memilih nama Inggeris, golongan ibu bapa di negara itu berdepan dengan kesukaran terutamanya dalam urusan komunikasi memandangkan ramai dalam kalangan mereka yang tidak fasih berbahasa Inggeris. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini